Thursday 7 April 2016

Bike to Work

Ini adalah post lama yang tertunggak dalam draf dah bertahun dan basi rasanya. Tapi harini rasa macam nak post sebagai salah satu memori manis sepanjang bergelar pelajar kat DTU.

~*~*~*~*~
Saya menyertai satu kempen, bike to work, dan hari ini adalah hari terakhir kempen tersebut

Mine: 22day 52.8km
Keputusan 
Antal kørte km ialt: 1225,00 km
Antal cykeldage ialt: 104 dage
Besparet CO2 for dit hold: 199,68 kg
Besparet CO2 for alle hold: 1095673,62 kg

Tuesday 6 May 2014

Tidak sukar untuk berubah

' Selepas ini aku berazam untuk tidak lagi minum kopi. Kopi tak bagus untuk kesihatan!' Itulah azam baru Alisa yang sememangnya 'coffee addicted' sejak di bangku universiti lagi(hampir 9tahun).

Selang beberapa hari, Alisa melewati deretan kedai di pekan Lumbu, dia terhidu aroma kopi yang sangat harum dari sebuah kedai kopi kegemarannya suatu ketika dahulu. terdetik dalam hati Alisa 'Oh,,segarnya bau kopi, Ah, sedapnya kalau pekena ice blended espresso time panas-panas ni. Umm, kali ni je, lepas ni aku berjanji tak akan amik kopi lagi'. Lalu Alisa segera mendapatkan segelas kopi idamannya.
Ok, berdasarkan diolog diatas, kan tidak sukar untuk berubah dan istiqamah dengan tekad baru.

Itulah situasi untuk menunjukkan betapa sukarnya untuk Alisa berubah, jika sesuatu perkara itu sudah menjadi sebati dalam diri sejak berzaman lamanya. Antara faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu sukar berubah ialah

1. Diri sendiri : faktor dalaman memainkan peranan yang sangat penting utk perubahan diri. Jika diri sendiri tidak begitu utuh untuk berubah, maka senanglah dia utk kembali kpd tabiat lama. Jika ingin berubah, bukan sekadar hangat2 tahi ayam, tapi perlu disertakan dgn tekad.

2. Keadaan/persekitaran : Ini juga mempengaruhi keazaman untuk berubah. Jika masih berada dalam persekitaran yang sama, seseorang akan mudah kembali kepada tabiat lama. Oleh itu, elakkan/jauhkan diri dari keadaan/persekitaran/ benda yang mendorong kepada tabiat lama. Jika mampu, ubah persekitaran, jika persekitaran tidak boleh diubah, maka ubahlah diri kita.

3. Keluarga, kawan-kawan, atau orang yang terdekat (seperti kekasih hati) dan dgn kata lain, org yg disayangi.
Nasihat daripada orang-orang yang terdekat juga dapat membantu seseorang itu berubah terutamanya orang yang disayangi. Tetapi orang yang terdekat perlulah memberi nasihat secara consistent, serta boleh memberi tauladan yg baik.Janganlah pulak orang yang memberi nasihat buat perkara yang sama. Abang menasihati adik supaya tidak merokok, tapi abangnya pula yang merokok..memang tak makan nasihat la adiknya.

Tetapi sebenarnya tidak sukar untuk berubah. contoh situasi adalah seperti berikut:

monolog dalam diri Alisa:
'Oh,,segarnya bau kopi, Ah, sedapnya kalau pekena ice blended espresso time cuaca macam ni. Tapi aku dah berjanji untuk tidak minum kopi.Oh! tidak aku patut menjauhi kopi. tapi.... aku sgt suka kopi..Urmmmm..ape kate aku beli aiskrim. Aiskrim pun sedap juga dimusim panas ni. Aiskrim perisa kopi dan strawberry..yummy!

Key word-cari alternatif lain utk mengisi perkara/tabiat lama yang ingin diubah. Apa-apa pun yang penting, diri sendiri..yang lain hanya faktor luaran.

Sekadar pendapat penulis.

Monday 1 October 2012

Kenapa blog?

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Ya 'Aliimu Allimni Hikmah
" Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah"


Saya bukanlah seorang yang berbakat sebagai penulis. Saya tidak pandai mengolah ayat yang berbunga bagai bagi menarik minat orang untuk membaca. Sesetengah manusia memang diciptakan dengan kebolehan untuk menulis, mengarang yang dapat menarik minat untuk pembaca untuk membaca bait-bait coretan kata yang seterusnya. Tetapi kebolehan itu sebenarnya boleh diatasi jika kita berusaha. Jadi disini, adalah langkah pertama saya untuk mengatasi kekurangan saya sebagai seorang penulis. Berusaha untuk memperbaiki hasil tulisan dengan perkongsian ilmu yang diperolehi samada secara pembacaan, pemerhatian atau penelitian dalam kehidupan seharian. Sebenarnya ini bukanlah entri yang pertama. Entri yang pertama adalah setahun yang lepas, kemudian tersadai sekian lama. Harap-harap, blog ini akan terus menerus hidup. Semoga penulisan dalam blog ini serba sedikit dapat memberi manfaat kepada pembaca. InsyaAllah